Upacara di Menin Gates, Ieper, Belgium Last_Post

Upacara Last Post 2005 di Menin Gates, Ieper, Belgium

Sejak tahun 1928, lagu last Post dimainkan pada setiap hari oleh pemain begol daripada Persatuan Last Post tempatan di bandar Ieper (Ypres) di Belgium. Lagu itu dimainkan di satu pintu gerbang dikenali sebagai Menin Gate untuk memperingati ribuan askar yang mati di medan tempur (Ypres) semasa Perang Dunia Pertama. Amalan ini dilakukan setiap hari, kecuali untuk tempoh 4 tahun dari 20 Mei 1940 hingga 6 September 1944, bila mana Belgium ditakluki Tentera Jerman semasa Perang Dunia II. Dalam tempoh berkenaan, penghormatan mainan Last Post untuk korban perang medan Ypres dilakukan di Tanah Perkuburan Brookwood di England.

Pada petang hari pembebasan bandar Ypres oleh askar-akar Poland, tradisi memainkan lagu last Post dimulakan semula di Menin Gates, walaupun pertempuran sengit masih berlaku di sekitar bandar tersebut. Pemain begol Menin Gates, Ieper terdiri daripada anggota pasukan bomba sukarelawan yang bernaung di bawah Persatuan Last Post . Setiap hari pada jam 8.00 malam, trafik akan diberhentikan di pintu gerbang Menin dan 6 orang pemain begol akan memainkan lagu Last Post.